top of page

SISTEM KOMPUTER (IT)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran adalah laluan pengajian bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat atau SKM Pengurusan Pejabat atau SKM Setiausaha Korporat Eksekutif.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan pelajar berkaitan pengurusan pembangunan kakitangan pentadbiran seperti menyelaraskan latihan pembangunan kepada kakitangan, pelaksanaan sesi kaunseling dan motivasi serta menyediakan laporan aktiviti pembangunan kakitangan. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan aset, inventori dan juga kemudahan pejabat di syarikat.

Kursus ini juga memberi pendedahan dalam pengurusan proses pelantikan vendor, membuat penilaian vendor dan penyediaan laporan prestasi vendor. Pelajar juga dilatih untuk merancang dan melaksanakan pentadbiran polisi dan dasar-dasar syarikat. Selain itu, pelajar dilatih bagaimana mengendalikan projek-projek khas melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan juga pelaporan projek khas. Akhir sekali, pelajar akan dilatih bagaimana melaksanakan penilaian prestasi kepada kakitangan pentadbiran syarikat.

  • Diploma Kemahiran Malaysia Pentadbiran Sistem Maklumat

  • Sijil Kemahiran MalaysiaPentadbiran Pejabat Tahap 4(FB-081-4:2012) Tahap 3 (N821-001-3:2020)

  • Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan

  • Sijil Kemahiran Komputer Level 3 (Word, Excel & Powerpoint)

SIJIL AKAN DITERIMA

TEMPOH PEMBELAJARAN

- 2 TAHUN 2 BULAN

 3 BULAN INTERNSHIP

DAFTAR TEMUDUGA

bottom of page